Program Juara SKS "Group 16"... Alhamdulillah, Pengarah Eksekutif HMEC, En Mohd Nadzri Abd Rahman hadir merasmikan hari pertama program tersebut bertempat di pusat pembelajaran HMEC. Sedikit perkongsian dan pandangan diberikan oleh beliau bersama dengan ibubapa peserta program.
Majlis telah dimulakan dengan bacaan doa oleh Ybg Ustaz Basyah daripada Darul Furqan...seterusnya pelajar- pelajar ini meneruskan dengan pembelajaran secara kumpulan dan di bantu oleh tutor di HMEC.
Program yang akan dijalankan setiap hujung minggu ini bukan sahaja tertumpu kepada akademik tetapi pelajar-pelajar ini akan diberikan peluang secara bergilir dalam bacaan doa dan menjadi imam ketika solat secara berjemaah kepada kumpulan mereka. HMEC juga akan mengadakan bacaan yassin dan solat hajat bersama- sama ibubapa peserta secara berkala sepanjang program ini.
No comments:
Post a Comment